Kitab Raja-raja

Kitab Raja-raja (Jawi: كتاب راج٢; Ibrani: ספר מלכים‎ Sepher M'lakhim) atau Buku Para Raja menggambarkan penceritaan sejarah purba Israel dan Judah sejak daripada kematian Daud sehinggalah pembebasan penggantinya Jeconiah yang telah dipenjarakan di Babylon, iaitu suatu tempoh kira-kira 400 tahun (kk.960-560 SM).[1] Ia merumuskan serangkaian buku-buku sejarah yang bermula dari kitab Joshua menerusi kitab Samuel dan kitab Hakim-hakim yang bertujuan untuk memberi penjelasan teologi mengenai kemusnahan kerajaan Yahudi oleh Babylon pada 586 SM dan kebangkitan semula untuk kembali dari buangan.[2]Kitab ini bermula dengan kematian Daud, Yahweh, tuhan orang Yahudi menjanjikan sebuah wangsa (keturunan) yang abadi dan pengganti kepada Daud iaitu Sulaiman. Sulaiman dipuji kerana kebijaksanaan dan kekayaannya tetapi beliau telah menyebabkan Yahweh murka kerana membenarkan tuhan-tuhan lain disembah di Baitul Muqaddis. Tuhan kemudiannya memisahkan kerajaan Yahudi kepada dua iaitu kerajaan Israel di utara dan kerajaan Judah di selatan. Kebanyakan raja Yahudi dianggap jahat kerana membenarkan tuhan-tuhan lain disembah selain Yahweh yang akhirnya membawa kemusnahan kepada kerajaan ini walaupun terdapat beberapa orang raja yang baik.

Rujukan

WikiPedia: Kitab Raja-raja http://books.google.com.au/books?id=0-skPdXtewwC&p... http://books.google.com.au/books?id=2Vo-11umIZQC&p... http://books.google.com.au/books?id=3gnxJjuqld0C&p... http://books.google.com.au/books?id=41_0okLzQJkC&p... http://books.google.com.au/books?id=41_0okLzQJkC&p... http://books.google.com.au/books?id=7ODLAo9QouEC&p... http://books.google.com.au/books?id=8i3f3nZTm0YC&p... http://books.google.com.au/books?id=FxFZxCIc8OoC&p... http://books.google.com.au/books?id=Qjkz_8EMoaUC&p... http://books.google.com.au/books?id=SNLN1nEEys0C&p...